Khamis, 23 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH IKBN JITRA, KEDAH

23 FEB 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 23 Februari 2012 bertempat di Bilik Pneumatik jam 9.30 pagi. Lawatan ini telah disertai pegawai dan kakitangan seramai 40 orang dan sesi taklimat telah diadakan kepada para jemputan yang disampaikan oleh Unit Latihan ( Jawatankuasa Latihan 5S ) iaitu Pn. Nur Ishah Bt Ishak mengenai perlaksanaan amalan 5S. Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee bersama jawatankuasa induk amalan 5S yang lain. Para jemputan telah dibawa melawat beberapa bahagian dan sektor seperti Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Asrama Perempuan, Stor Pusat dan Sektor 5. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan sumber informasi dan panduan dalam melaksanakan amalan 5S di tempat sendiri.

Pn. Emiyusida Bt Yacob selaku pengacara majlis memberi kata-kata aluan dan selamat datang kepada para jemputan.

Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Pneumatik, IKBNSI kepada para jemputan yang disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt Ishak mengenai pelaksanaan amalan 5S.

Para jemputan berkesempatan mengambil gambar di setiap sudut persekitaran amalan 5S sebagai panduan dan rujukan dalam melaksanakan amalan 5S di tempat kerja.

Pegawai dan kakitangan dari IKBN Jitra mengambil gambar dan melihat sudut amalan 5S yang dicipta di Sektor Empat ( 4 ) iaitu Bahagian Kejuruteraan Elektronik Industri.

Para jemputan telah dibawa melawat sudut amalan 5S di sektor lima ( 5 ) iaitu Unit Pengajian Umum yang merupakan sektor yang banyak memperolehi anugerah dan hadiah amalan 5S.
Peserta dibawa melawat ke bengkel Audio Visual bagi melihat sendiri gambaran pelaksanaan amalan 5S di bengkel tersebut.

Peserta dibawa melawat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang merupakan nadi utama perlaksanaan persekitaran amalan 5S.

Peserta telah dibawa melawat ke Asrama Perempuan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan terutama di kawasan bilik pelajar.

Peserta dibawa melawat ke Stor Pusat dan mengambil gambar sudut pelaksanaan amalan 5S sebagai panduan dan rujukan.