Ahad, 19 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH PESERTA BENGKEL SELURUH WAKIL IKTBN / IKBN MALAYSIA

19 Februari 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima kunjungan daripada Peserta Bengkel Persekitaran Amalan 5S seluruh wakil IKTBN / IKBN Malaysia pada 19 Februari 2012 jam 09.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela berjumlah 150 orang. Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan sekaligus merangkap majlis penutupan bengkel tersebut yang diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak. Sesi taklimat telah diadakan dan disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator 5S dan dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan, En. Mohd Ali Bin Jaabar bagi merasmikan majlis penutupan tersebut. Sesi lawatan telah diadakan di mana semua peserta bengkel di bawa ke beberapa bahagian dan sektor seperti Sektor 5, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,  Unit Stor Pusat dan Bengkel.  

En.Sharifuddin Bin Mohd Rani selaku pengacara majlis memberikan kata-kata aluan dan selamat datang kepada semua jemputan yang hadir.

Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri membaca doa bagi menyerikan majlis yang diadakan.

En. Amir-Kharul Bin Daud memberikan ucapan kepada para hadirin mengenai pelaksanaan amalan 5S dijalankan.

Para hadirin di bawa melawat ke beberapa bahagian dan sektor bagi mendapatkan gambaran dan panduan dalam melaksanakan amalan 5S.

Para tetamu melihat sudut 5S induk yang dibina di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan 
Pn. Azizah Bt Hussain memberi taklimat mengenai sistem fail kepada para peserta bengkel 

Para peserta berkesempatan melihat pelaksanaan amalan 5S yang dijalankan di  Bilik Server dan CCTV.

Peserta dibawa melihat suasana amalan 5S yang dijalankan di Bengkel Audio Visual

Majlis Penutupan Bengkel Pelaksanaan Amalan 5S bagi seluruh IKTBN  / IKBN yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu En. Mohd Ali Bin Jaabar diringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud serta menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang hadir.
Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu En. Mohd Ali Bin Jaabar menyampaikan cenderahati kepada En. Amir-Kharul Bin Daud sebagai tanda penghargaan.

Para peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Setiausaha Bahagian Pengurusan, En. Mohd Ali Bin Jaabar sebagai tanda sokongan pelaksanaan amalan 5S di kementerian.