SERI ISKANDAR, 22 OKTOBER 2015
- Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor
Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada
21 Oktober 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan
oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh
Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang
merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan.
Objektif utama program ini diadakan
adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana
dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk
persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 22-23
Oktober 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada
keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja
mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor
turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat
Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program
ini.
Secara keseluruhannya program ini bukan
sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah
memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas
kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi
dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar
Memastikan Surau di Bahagian Pentadbiran bersih dan kondusif
Pelajar dan kakitangan bersama-sama menjayakan program gotong-royong EKSA
Pelajar sedang membersih dan membuang sawang di Bilik Server
Pn. Azizah Bt Hussain sedang melekatkan pelan lampu di Bilik Mesyuarat
Pelajar membuang habuk dan sawang
Pelajar sedang membersihkan almari
Pelajar sedang menyusun semula kompenan elektronik di stor
Memasang semula bingkai lampu siling setelah dibersihkan
Pelajar sedang menyapu di Makmal Rangkaian
Pelajar sedang menyedut habuk pada lubang soket
Pelajar mengemas dan mengikat semula kabel komputer di Makmal Rangkaian