SERI ISKANDAR, 26 JULAI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri
Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi
IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Pentadbiran
Awam, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur 26 Julai 2017 jam 2.30 petang bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.
Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah,
Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar
bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn.
Shakila Binti Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan
pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi
serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar
telah diadakan di lobi pentadbiran
Sesi taklimat di bilik mesyuarat utama
\
Lawatan di Bahagian Pentadbiran
Ruang kerja di Bahagian Pentadbiran
Sudut Go Green
Perpustakaan
Makmal Rangkaian Komputer
Di Studia Multimedia Pengarangan
Bilik Projek Inovasi
Sesi bergambar bersama peserta kursus
Penyampaian cenderahati kepada wakil INTAN Bukit Kiara
Penyampian cenderahati kepada En. Amit-Kharul Bin Daud