SERI ISKANDAR, 5
SEPTEMBER 2017 - Aktiviti
gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan
sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya,
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif
untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat,
gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 5
September 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh
warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta
hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat
gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan
antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping
dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan
pelajar
Mengecat pagar di Asrama Tun Perak
Pembersihan di Surau Ibnu Sina
Pembersihan Kipas di Surau Ibnu Sina
Mengemas dan melipat telekong perempuan
Mengecat dinding Makmal
Pembersihan di Bengkel Elektrik
Pembersihan di Tangki Air Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat
Pembersihan di Cawangan Pengurusan Kawalan Kualiti
Pembersihan di Cawangan Hubungan Industri
Pembersihan di Stor Pusat
Pembersihan dan pengemaskinian di Makmal Elektronik 1
Pembersihan dan pengemaskinian di Stor Makmal Elektronik 1
Pembersihan di ruang kerja En. Mohd Zul Bin Badru
Pembersihan di Cawangan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset