SERI ISKANDAR, 21
SEPTEMBER 2017 - Aktiviti
gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan
sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya,
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif
untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat,
gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 21 September 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh
warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta
hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat
gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan
antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping
dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan
pelajar
Menanggal pelekat pada dinding di Dewan Dato Maharajelala
Menyusun dan mengemas kerusi di stor simpanan
Pn. Noorhayati Bt. Sepawi turur bersama mengemas kerusi dan meja di dewan utama
Proses pertukaran lampu kalimantan di Asrama Tun Ali
Proses Pertukaran lampu di Lobi Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat
Sesi mengecat dinding lobi di Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat
Pembersihan di Makmal Multimedia
Pembersihan di Bilik Kuliah
Proses pertukaran lampu di Bilik Studio
Pembersihan dan pengemaskinian di Stor Studio
Proses mengecat dinding di Jabatan Teknologi Maklumat
Proses Menanggal pelekat di Stor Pengajian Umum
Menanggal pelekat di Bilik Jabatan Pengajian Umum
Pembersihan di Makmal Pnuematik
Pembersihan di Makmal
Pembersihan di tingkap makmal elektronik 3
Pembersihan di stor makmal elektronik 3