Rabu, 23 Mei 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA ) DARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA PERAK TENGAH


SERI ISKANDAR, 23 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima kunjungan delegasi seramai 20 orang dari Tentera Laut Diraja Malaysia Perak Tengah diketuai oleh Lt. KDR Chin In Tham, Pegawai Pemerintah TLDM Perak Tengah pada 23 Mei 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Rombongan telah disambut Pn. Noorhafizah Bt Isa Jawatankuasa Seranta.
Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Latihan yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Amir-Kharul Bin Daud merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt Ishak, Jawatankuasa Latihan menerangkan serba sedikit pelaksanaan EKSA di institut ini.
Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di sini.  Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBN Seri Iskandar seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.
Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing

















Isnin, 7 Mei 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 3/2018


SERI ISKANDAR, 5 MEI 2018 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 5 MEI 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. 

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar

DI MAKMAL PNEUMATIK 


DI MAKMAL ELEKTRIK 



STOR MULTIMEDIA


DI MAKMAL PROJEK



PEJABAT JABATAN PENGAJIAN UMUM


BILIK TP HEP 



DI BILIK CAWANGAN PEMBANGUNAN & FASILITI ASET 



Khamis, 3 Mei 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR


SERI ISKANDAR, 3 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan pada  2 Mei 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif



SESI TAKLIMAT EKSA DI BILIK MESYUARAT





LAWATAN DI LOBI PENTADBIRAN




LAWATAN DI PEJABAT PENTADBIRAN










LAWTAN DI PERPUSTAKAAN 






LAWATAN DI MAKMAL TAHAP 3


LAWATAN DI STOR PUSAT



LAWATAN DI ASRAMA TUN FATIMAH