SERI ISKANDAR, 5 MEI 2018 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja
menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan
masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia
Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu
semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan
pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 5
MEI 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu
untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua
zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan
kondusif dan bersih.
Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri
Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup
bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat
merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama
yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim
antara pengajar dan pelajar
DI MAKMAL PNEUMATIK
DI MAKMAL ELEKTRIK
STOR MULTIMEDIA
DI MAKMAL PROJEK
PEJABAT JABATAN PENGAJIAN UMUM
BILIK TP HEP
DI BILIK CAWANGAN PEMBANGUNAN & FASILITI ASET