SERI ISKANDAR, 3 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan pada 2 Mei 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa EKSA, En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif
SESI TAKLIMAT EKSA DI BILIK MESYUARAT
LAWATAN DI LOBI PENTADBIRAN
LAWATAN DI PEJABAT PENTADBIRAN
LAWTAN DI PERPUSTAKAAN
LAWATAN DI MAKMAL TAHAP 3
LAWATAN DI STOR PUSAT
LAWATAN DI ASRAMA TUN FATIMAH