TERENGGANU, 27 FEBRUARI
2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri
Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
( EKSA ) pada 25 Februari 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Politeknik Tengku
Mizan Zainal Abidin Terengganu. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul
Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator
EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.
Sesi taklimat
mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan
berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai
EKSA.
Peserta lawatan telah
dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama
sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan
amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut
kami
Sesi Bergambar Di Ruang Pintu Utama
Di Bahagian Lobi Pentadbiran
Sesi Tandatangan Buku Pelawat Oleh En. Amir-Kharul B. Daud Timbalan
Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan
Sesi Taklimat EKSA