Rabu, 27 Februari 2019

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE POLITEKNIK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU


TERENGGANU, 27 FEBRUARI 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 25 Februari 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Politeknik Tengku Mizan Zainal Abidin Terengganu. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami


Sesi Bergambar Di Ruang Pintu Utama



Di Bahagian Lobi Pentadbiran 



Sesi Tandatangan Buku Pelawat Oleh En. Amir-Kharul B. Daud Timbalan 
Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan 














Sesi Taklimat EKSA