SERI ISKANDAR, 20
FEBRUARI 2019
- Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 20
Februari 2019 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih.
Program ini memberi peluang kepada seluruh
warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta
hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat
merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama
yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim
antara pengajar dan pelajar
Pembahagian Tugasan kepada Pelajar
Dewan Dato Maharajalela
Bilik Pemandu
Mengecat Di Garaj Surau Ibnu Sina
Makmal Komputer Multimedia
Bilik Pengajar Multimedia
Makmal Fiber Optik
Makmal Pneumatik Sistem
Bengkel Giga
Perpustakaan
Tandas Pentadbiran
Bilik Ketua Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran
Kaunter Utama
Kolam Ikan
Bilik Cawangan Hubungan Industri
Bilik Cawangan Pengurusan Kualiti