Isnin, 12 April 2021

LAWATAN DARI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) NEGERI PERAK

 


SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak pada 12 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Encik Mohmad Khairi Bin Abdul Rahman.

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing








Jumaat, 26 Mac 2021

PENGAUDITAN DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SIRI 1/2021

 

JUMAAT, 26 MAC 2021 - Jawatankuasa Audit EKSA IKBNSIP telah melaksanakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 pada 22 hingga 23 Mac 2021 sera Bengkel Audit Dalaman Bil. 1/2021 pada 24 hingga 26 Mac 2021 yang bertempat di Perpustakaan. Seramai 14 orang juruaudit terlibat dalam bengkel ini.

Pelaksanaan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 ini adalah untuk memastikan pelaksanaan amalan EKSA berjalan dengan lancar dan baik seterusnya memastikan jabatan ini dapat mengekalkan pensijilan EKSA yang cemerlang.

Setelah audit dijalankan, semua proses pemarkahan dibuat di dalam Bengkel Data Entry. Semua markah dikumpul berserta dengan penemuan bergambar di semua lokasi yang telah diaudit. Semoga semua warga IKBNSIP konsisten dalam mengamalkan EKSA.







Khamis, 18 Mac 2021

LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT, PERAK


SERI ISKANDAR, 18 MAC 2021 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Daerah Dan Tanah Sungai Siput, Perak pada 18 Mac 2021 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Cik Tan Pei Mei. 

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing















 

Jumaat, 15 Januari 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI SESI 1/2021

 


IKBN SERI ISKANDAR, 15 JANUARI 2021 (JUMAAT) – Mesyuarat Jawatankuasa InduK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil.1/2021 telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat IKBNSIP.

Seramai 13 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah. Agenda mesyuarat adalah seperti:

Ts.Amir-Kharul bin Daud, selaku Koordinator telah membentangkan perancangan aktiviti EKSA sepanjang tahun 2021. Pelbagai cadangan dan idea telah dikongsikan dalam mesyuarat ini bagi menjayakan pelaksanaan EKSA di IKBNSIP. Mesyuarat tersebut telah ditangguhkan pada pukul 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh;

Setiausaha EKSA, IKBN Seri Iskandar

Rabu, 13 Januari 2021

KLINIK EKSA YANG DIANJURKAN OLEH IKBN SERI ISKANDAR DI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT WILAYAH UTARA



IKBN SERI ISKANDAR, 13 JANUARI 2021 (RABU) Klinik EKSA telah diadakan di AkademiBomba dan Penyelamat Wilayah Utara oleh Pegawai-pegawai IKBN Seri Iskandar.

Klinik EKSA ini telah dijalankan di Auditorium, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara melibatkan 8 orang pegawai IKBN Seri Iskandar manakala 27 orang anggota bomba diketuai oleh Tuan Aswadi Bin Haji Ismail, Komandan Akademi berkenaan.  Klinik ini bermula jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Koordinator EKSA IKBNSI, Ts.Amir-Kharul bin Daud. Beliau menerangkan pelaksanaan EKSA di IKBNSI.

Pada sesi petang, Pn, Siti Hajar bt Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Audit IKBNSI menerangkan berkaitan penguditan EKSA. Selepas sesi taklimat, para pegawai IKBNSI dibawa melawat ke zon-zon yang terlibat di Akademi Bomba bagi melihat dengan lebih teliti pelaksanaan EKSA di sini disamping mengadakan pengauditan EKSA dizon berkenaan. Disamping itu juga, Pegawai-pegawai IKBN Seri Iskandar memberikan cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pihak Akademi Bomba sebagai persediaan sebelum diaudit pada bulan Februari oleh pihak MAMPU.

Adalah diharapkan melalui sesi Klinik EKSA ini dapat menjayakan pelaksanaan EKSA di Akademi Bomba bagi mendapatkan persijilan EKSA daripada MAMPU.

Disediakan oleh;

Setiausaha EKSA, IKBN Seri Iskandar

#IKBNSICemerlang

#ProfesionalTerunggul

#kitajagakita