SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan
delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Negeri Perak pada 12 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato
Maharajalela.
Lawatan ini merupakan
lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang
persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini. Delegasi
telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Encik Mohmad
Khairi Bin Abdul Rahman.
Para delegasi
turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan,
asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan
lanskap taman.
Adalah
diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat
berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan
akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing