Rabu, 9 Februari 2022

SESI TAKLIMAT EKSA IKBN SERI ISKANDAR BERSEMPENA MINGGU PARADIGMA SESI PENGAMBILAN 2/2021


KHAMIS, 26 OGOS 2021 - Sesi Taklimat Eksa IKBN Seri Iskandar bersemperna Minggu Paradigma Sesi Pengambilan 2/2021 telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet bagi memberi pendedahan berkenaan pelaksanaan EKSA di IKBNSI kepada semua peserta.

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua pelajar baharu sesi pengambilan 2/2021 dan beberapa orang pegawai IKBN Seri Iskandar sendiri. Taklimat tersebut juga telah dihadiri oleh kakitangan syarikat MRN Dynamic Resources, Arena Wira Jaya Sdn Bhd, Quality Guard Services Sdn Bhd dan Tripple Ahmad Enterprise yang merupakan syarikat perkhidmatan yang sedang beroperasi di IKBN Seri Iskandar.

Sesi taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Mohmad Khairi Bin Abdul Rahman yang merupakan wakil Jawatankuasa Latihan EKSA  IKBN Seri Iskandar. Adalah diharapkan melalui sesi taklimat EKSA berkenaan, dapatlah supaya semua warga IKBN Seri Iskandar dapat membudayakan EKSA kearah kampus lestari dan kondusif.

#IKBNSICemerlang

#ProfesionalTerunggul

#kitajagakita