Rabu, 9 Februari 2022

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


IKBN SERI ISKANDAR, 13 OKTOBER 2021 - JawatanKuasa Pelaksana EKSA IKBN Seri Iskandar telah menjalankan Gotong-royong Perdana EKSA Bil,1/2021. Semua Warga IKBN Seri Iskandar telah menyertai aktiviti tersebut.

Gotong-royong tersebut dimulakan dengan Taklimat dan Amanat oleh Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar iaitu En. Amir-Kharul bin Daud. Beliau meminta semua warga IKBNSIP khususnya para pelajar untuk memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam memastikan objektif program tersebut tercapai.

Gotong-royong ini melibatkan Sektor Synergy dan Sektor Briliants bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengecat road kerb, mengecat kolam, mengecat pemegang tangga, membersihkan bengkel, menyusun dan mengatur peralatan di lokasi masing-masing.

Aktiviti seperti ini mewujudkan pembudayaan EKSA dalam kalangan warga IKBNSI dan menuju ke arah pensijilan semula EKSA dengan cemerlang.

#IKBNSICemerlang
#ProfesionalTerunggul
#kitajagakita