Rabu, 9 Februari 2022

TAKLIMAT GO GREEN - KE ARAH BUMI HIJAU TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN

 



IKBN SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2021 - Jawatankuasa Latihan EKSA IKBN Seri Iskandar (IKBNSI) telah menganjurkan Taklimat Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik dan Polisterin dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet bagi memberi kesedaran serta peringatan kepada warga IKBNSI untuk menjaga dan memupuk semangat cintakan alam sekitar. Taklimat tersebut juga secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada semua waarga IKBNSI bagi mempudayakan EKSA untuk menjadikan IKBNSI sebagai sebuah kampus yang lestari dan kondusif.

Pihak jawatankuasa serta pihak pengurusan IKBN mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada penceramah jemputan iaitu, En. Mohd Farhan bin Abd Munir daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat di Seksyen Pembudayaan Amalan 3R, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) di atas perkongsian taklimat yang menarik oleh belia pada hari ini.

Disediakan oleh 

Jawatankuasa Latihan EKSA IKBN Seri Iskandar

#IKBNSICemerlang

#ProfesionalTerunggul

#kitajagakita