Jumaat, 26 Februari 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI STESEN KOMUNIKASI TLDM PARIT, PERAK


SERI ISKANDAR, 24 FEBRUARI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, Perak pada 24 Februari 2016 bertempat di Dewan Makmal Komputer, JTKEE. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Pegawai Laksana Unit merangkap penyelaras EKSA Lt. Mohd Hafifi B. Sumsudin bersama 30 kakitangan. Turut hadir sama  semua Jawatankuasa Induk EKSA.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat yang mengenai EKSA yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh Menara 5S. Majlis dengan taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh En. Balamurugan a/l Kuppusamy, Jawatankuasa Latihan.
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak


Pengacara majlis Pn. Noorhafizah Bt Isa memberi kata-kata aluan kepada peserta lawatan
 

 
Sesi taklimat pelaksanaan EKSA oleh En. Balamurugan a/l Kuppusamy

 
 
 Peserta lawatan di bawa ke Makmal Elektrik
 
 
Pelaksanaan di Makmal Elektronik


 
Pelaksanaan amalan EKSA di Bahagian Pentadbiran

 
Pn. azizah Bt Hussin menerangkan pelaksanaan sistem fail yang sistematik

 
Para peserta sedang mengisi borang soal selidik EKSA

 
Sesi bergambar bersama peserta lawatan

 
Penyampaian cenderahati dari Stesen komunikasi LTDM Parit kepada En. Jasalilawadi Bin Jahi wakil IKBN Seri Iskandar

Isnin, 22 Februari 2016

MAJLIS PELANCARAN KE ARAH KAMPUS HIJAU

 
SERI ISKANDAR, 22 FEBRUARI 2016 - Pelancaran Program Ke Arah Kampus Hijau telah dilancarkan dengan meriah dan penuh semangat oleh warga IKBN Seri Iskandar pada 19 Februari 2016 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA bersama En. Vijayan Kumar A/L Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan dan pelajar. Pelancaran program ini adalah anjuran Jawatankuasa Induk  Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) yang bertujuan menambaik keberkesanan penggunaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran. Ini dapat dicapai melalui pendidikan lestari serta pelaksanaan projek-projek tertentu untuk membina kehidupan yang sihat dan kondusif.
Sebagai sebuah gedung ilmu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) tidak terkecuali untuk menjadikan ianya sebagai Kampus Hijau. Namum untuk menjadikan IKBNSI sebagai Kampus Hijau bukanlah perkara mudah kerana teknologi hijau semata-mata tidak mencukupi. Sebaliknya nilai-nilai kelestarian dalam komuniti institut serta komuniti setempat juga diperlukan. Contoh paling mudah ialah amalan menutup suis lampu dan menyusun semula kerusi selepas digunakan.
Pelaksanaan kampus hijau ini akan menguntungkan institut daripada segi penggunaan sumber tenaga serta memastikan amalan-amalan terbaik dapat dipraktikkan supaya generasi akan dating dapat menikmati kemudahan seperti yang kita nikmati sekarang. Setakat ini, IKBN Seri Iskandar sedang mensasarkan projek pembinaan Bendera Gergasi menggunakan botol mineral bersaiz 500 ml sebanyak 35000 botol yang dijangka pada 31 Ogos 2016 sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2016 dan sekaligus cuba mencipta rekod "The Malaysia Book Of Records".
Institut adalah tempat bukan sahaja menimba ilmu pengetahuan, malah ia juga adalah tempat untuk membina sahsiah. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk memupuk ciri-ciri kelestarian kerana pelajar yang dilahirkan secara langsung atau tidak langsung akan terlibat untuk menyumbangkan tenaga bagi memajukan negara. Kempen ini bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar dan kakitangan akan pentingnya alam sekitar. Semoga dengan projek kampus hijau ini, amalan kelestarian dapat diterapkan ke dalam sanubari warga IKBN Seri Iskandar serta masyarakat setempat.
 
 
Majlis perasmian pelancaran "The Malaysia Book Of Records" oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli Pengarah IKBN Seri Iskandar
   

Penerimaan bunting dari Zon 1,
Pn. Noraini Bt Shafee
 

 
Penerimaan bunting dari Zon 2,
Pn. Suhaini bt Samsudin

 


Penerimaan bunting dari Zon 3,
Pn. Atikah Bt Ab. Rahman
 
 
Penerimaan bunting dari Zon 4,
Pn. Nordalilah Bt Yusoff

 
Penerimaan bunting dari Zon 5,
En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo

Jumaat, 19 Februari 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI KOLEJ VOKASIONAL MANJUNG, PERAK

 
SERI ISKANDAR, 21 JANUARI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dari Kolej Vokasional Manjung, Perak pada 17 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh  PN. Norma Bt Ag. Lah bersama 30 kakitangan. Turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk EKSA. .
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat yang mengenai EKSA yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh Menara 5S. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Koordinator EKSA dan disusuli dengan taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh En. Sharifuddin Bin Noor Rani, Jawatankuasa Latihan.
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak

 
Ucapan kata-kata alaun dari En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan Merangkap Koordinator EKSA

 
Sesi taklimat pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar oleh En. Sharifuddin Bin Noor Rani,
Jawatankuasa Latihan EKSA

 
Para peserta di bawa ke Asrama Tun Fatimah


Melihat keadaan dan susun atur pelaksanaan EKSA di Bilik Pelajar 

 
Suasana di Makmal Multimedia Pengarangan


Pelaksanaan EKSA di Studio 

 
Suasana di Pejabat Jabatan Pengajian Umum

 
Pelaksanaan EKSA di Makmal Wiring

 
Penyampaian cenderahati dari Kolej Vokasional Manjung, Perak

 
En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan cenderahati kepada wakil dari Kolej Vokasional Manjung, Perak

 
Sesi bergambar bersama para peserta lawatan 

Jumaat, 5 Februari 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA )

 
 
SERI ISKANDAR, 5 FEBRUARI 2016 - Program Gotong-Royong Perdana Amalan Ekosistem KOndusif Sektor Awam ( EKSA ) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 4 Febriari 2016 jam 08.00 pagi. Program ini dikoordinator oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti ini dijalankan setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja syarikat pembersihan dan keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.
 
Secara keseluruhnya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat senonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberikan dari raut wajah kegembiraan di kalangan warga IKBN Seri Iskandar.


Pelajar turut membantu membersihkan tingkap
 

 
Memastikan Unit Stor Utama sentiasa kondusif