SERI ISKANDAR, 21 JANUARI 2016 -
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan
penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dari Kolej Vokasional Manjung, Perak pada 17 Februari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan
penandaarasan ini diketuai oleh PN.
Norma Bt Ag. Lah bersama 30 kakitangan. Turut hadir sama En.
Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap
Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk EKSA. .
Tujuan utama lawatan ini adalah
untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta
maklumat yang mengenai EKSA yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut
terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh
Menara 5S. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud,
Koordinator EKSA dan disusuli dengan taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri
Iskandar oleh En. Sharifuddin Bin Noor Rani, Jawatankuasa Latihan.
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di
bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar
pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak
para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA
di pejabat mereka kelak
Ucapan kata-kata alaun dari En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan Merangkap Koordinator EKSA
Sesi taklimat pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar oleh En. Sharifuddin Bin Noor Rani,
Jawatankuasa Latihan EKSA
Para peserta di bawa ke Asrama Tun Fatimah
Melihat keadaan dan susun atur pelaksanaan EKSA di Bilik Pelajar
Suasana di Makmal Multimedia Pengarangan
Pelaksanaan EKSA di Studio
Suasana di Pejabat Jabatan Pengajian Umum
Pelaksanaan EKSA di Makmal Wiring
Penyampaian cenderahati dari Kolej Vokasional Manjung, Perak
En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan cenderahati kepada wakil dari Kolej Vokasional Manjung, Perak
Sesi bergambar bersama para peserta lawatan