Isnin, 22 Februari 2016

MAJLIS PELANCARAN KE ARAH KAMPUS HIJAU

 
SERI ISKANDAR, 22 FEBRUARI 2016 - Pelancaran Program Ke Arah Kampus Hijau telah dilancarkan dengan meriah dan penuh semangat oleh warga IKBN Seri Iskandar pada 19 Februari 2016 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA bersama En. Vijayan Kumar A/L Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan dan pelajar. Pelancaran program ini adalah anjuran Jawatankuasa Induk  Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) yang bertujuan menambaik keberkesanan penggunaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran. Ini dapat dicapai melalui pendidikan lestari serta pelaksanaan projek-projek tertentu untuk membina kehidupan yang sihat dan kondusif.
Sebagai sebuah gedung ilmu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) tidak terkecuali untuk menjadikan ianya sebagai Kampus Hijau. Namum untuk menjadikan IKBNSI sebagai Kampus Hijau bukanlah perkara mudah kerana teknologi hijau semata-mata tidak mencukupi. Sebaliknya nilai-nilai kelestarian dalam komuniti institut serta komuniti setempat juga diperlukan. Contoh paling mudah ialah amalan menutup suis lampu dan menyusun semula kerusi selepas digunakan.
Pelaksanaan kampus hijau ini akan menguntungkan institut daripada segi penggunaan sumber tenaga serta memastikan amalan-amalan terbaik dapat dipraktikkan supaya generasi akan dating dapat menikmati kemudahan seperti yang kita nikmati sekarang. Setakat ini, IKBN Seri Iskandar sedang mensasarkan projek pembinaan Bendera Gergasi menggunakan botol mineral bersaiz 500 ml sebanyak 35000 botol yang dijangka pada 31 Ogos 2016 sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2016 dan sekaligus cuba mencipta rekod "The Malaysia Book Of Records".
Institut adalah tempat bukan sahaja menimba ilmu pengetahuan, malah ia juga adalah tempat untuk membina sahsiah. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk memupuk ciri-ciri kelestarian kerana pelajar yang dilahirkan secara langsung atau tidak langsung akan terlibat untuk menyumbangkan tenaga bagi memajukan negara. Kempen ini bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar dan kakitangan akan pentingnya alam sekitar. Semoga dengan projek kampus hijau ini, amalan kelestarian dapat diterapkan ke dalam sanubari warga IKBN Seri Iskandar serta masyarakat setempat.
 
 
Majlis perasmian pelancaran "The Malaysia Book Of Records" oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli Pengarah IKBN Seri Iskandar
   

Penerimaan bunting dari Zon 1,
Pn. Noraini Bt Shafee
 

 
Penerimaan bunting dari Zon 2,
Pn. Suhaini bt Samsudin

 


Penerimaan bunting dari Zon 3,
Pn. Atikah Bt Ab. Rahman
 
 
Penerimaan bunting dari Zon 4,
Pn. Nordalilah Bt Yusoff

 
Penerimaan bunting dari Zon 5,
En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo