Jumaat, 26 Februari 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI STESEN KOMUNIKASI TLDM PARIT, PERAK


SERI ISKANDAR, 24 FEBRUARI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, Perak pada 24 Februari 2016 bertempat di Dewan Makmal Komputer, JTKEE. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Pegawai Laksana Unit merangkap penyelaras EKSA Lt. Mohd Hafifi B. Sumsudin bersama 30 kakitangan. Turut hadir sama  semua Jawatankuasa Induk EKSA.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat yang mengenai EKSA yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh Menara 5S. Majlis dengan taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh En. Balamurugan a/l Kuppusamy, Jawatankuasa Latihan.
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak


Pengacara majlis Pn. Noorhafizah Bt Isa memberi kata-kata aluan kepada peserta lawatan
 

 
Sesi taklimat pelaksanaan EKSA oleh En. Balamurugan a/l Kuppusamy

 
 
 Peserta lawatan di bawa ke Makmal Elektrik
 
 
Pelaksanaan di Makmal Elektronik


 
Pelaksanaan amalan EKSA di Bahagian Pentadbiran

 
Pn. azizah Bt Hussin menerangkan pelaksanaan sistem fail yang sistematik

 
Para peserta sedang mengisi borang soal selidik EKSA

 
Sesi bergambar bersama peserta lawatan

 
Penyampaian cenderahati dari Stesen komunikasi LTDM Parit kepada En. Jasalilawadi Bin Jahi wakil IKBN Seri Iskandar