Rabu, 9 Februari 2022
GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA
TAKLIMAT GO GREEN - KE ARAH BUMI HIJAU TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN
Pihak jawatankuasa serta pihak pengurusan IKBN mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada penceramah jemputan iaitu, En. Mohd Farhan bin Abd Munir daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat di Seksyen Pembudayaan Amalan 3R, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) di atas perkongsian taklimat yang menarik oleh belia pada hari ini.
Disediakan oleh
Jawatankuasa Latihan EKSA IKBN Seri Iskandar
#IKBNSICemerlang
#ProfesionalTerunggul
#kitajagakita
SESI TAKLIMAT EKSA IKBN SERI ISKANDAR BERSEMPENA MINGGU PARADIGMA SESI PENGAMBILAN 2/2021
#ProfesionalTerunggul
#kitajagakita
Isnin, 12 April 2021
LAWATAN DARI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) NEGERI PERAK
SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan
delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Negeri Perak pada 12 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato
Maharajalela.
Lawatan ini merupakan
lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang
persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini. Delegasi
telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Encik Mohmad
Khairi Bin Abdul Rahman.
Para delegasi
turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan,
asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan
lanskap taman.
Adalah
diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat
berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan
akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing
Jumaat, 26 Mac 2021
PENGAUDITAN DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SIRI 1/2021
JUMAAT, 26 MAC 2021 - Jawatankuasa Audit EKSA IKBNSIP telah melaksanakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 pada 22 hingga 23 Mac 2021 sera Bengkel Audit Dalaman Bil. 1/2021 pada 24 hingga 26 Mac 2021 yang bertempat di Perpustakaan. Seramai 14 orang juruaudit terlibat dalam bengkel ini.
Pelaksanaan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 ini adalah untuk memastikan pelaksanaan amalan EKSA berjalan dengan lancar dan baik seterusnya memastikan jabatan ini dapat mengekalkan pensijilan EKSA yang cemerlang.
Setelah audit dijalankan, semua proses pemarkahan dibuat di dalam Bengkel Data Entry. Semua markah dikumpul berserta dengan penemuan bergambar di semua lokasi yang telah diaudit. Semoga semua warga IKBNSIP konsisten dalam mengamalkan EKSA.
Khamis, 18 Mac 2021
LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT, PERAK
SERI ISKANDAR, 18 MAC 2021 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan
delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Daerah Dan Tanah Sungai Siput, Perak
pada 18 Mac 2021 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela.
Lawatan ini
merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat
tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.
Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP
iaitu Cik Tan Pei Mei.
Para delegasi
turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan,
asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan
lanskap taman.
Adalah
diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat
berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan
akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing
Jumaat, 15 Januari 2021
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI SESI 1/2021
IKBN SERI ISKANDAR, 15 JANUARI
2021 (JUMAAT) – Mesyuarat Jawatankuasa InduK Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA) Bil.1/2021 telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat
IKBNSIP.
Seramai 13 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah. Agenda mesyuarat adalah seperti:
Ts.Amir-Kharul bin Daud, selaku Koordinator telah membentangkan perancangan aktiviti EKSA sepanjang tahun 2021. Pelbagai cadangan dan idea telah dikongsikan dalam mesyuarat ini bagi menjayakan pelaksanaan EKSA di IKBNSIP. Mesyuarat tersebut telah ditangguhkan pada pukul 12.05 tengah hari.
Disediakan oleh;
Setiausaha EKSA, IKBN Seri Iskandar