Jumaat, 18 Ogos 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN IPOH, PERAK


IPOH, PERAK, 17 OGOS 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 17 Ogos 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang. 

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami


Sesi taklimat di bilik mesyuarat utama


Sesi pembukaan dari Timbalan Pengarah Operasi, JPJ Ipoh


Sesi taklimat oleh pihak JPJ Ipoh


Sesi perbincangan dan bertukar pendapat


Maklum balas yang disampai oleh Pn, Usah a/p Parmasavan


Penyampaian cenderahati dari pihak JPJ Ipoh


Penyampaian cenderahati dari pihak IKBN Seri Iskandar


Sesi tandatangan dalam Buku Pelawat oleh En. Jasalilawadi Bin Jahi 


Sudut Maya EKSA


Ruang kerja staf


Sesi perbincangan juruaudit EKSA IKBN Seri Iskandar


Ruang pentadbiran


Bilik Fail Utama


Sistem Pos Surat Jabatan


Unit Korporat JPJ Ipoh


Unit Perlesanan 

Khamis, 17 Ogos 2017

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 5/2017


SERI ISKANDAR, 16 OGOS 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 17 Ogos 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar



Di Cawangan Pengurusan Pelajar


Kaunter Pertanyaan Lobi Pentadbiran


Pejabatn Pentadbiran


Pejabat Pemandu 


Bilik Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan


Bilik Server 2


Bilik Pengajar Bengkel Pengujian Elektrik 


Bengkel Pengujian Elektrik

 

Makmal Multimedia


Makmal Komputer Jabatan Pengajian Umum


Ruang Pejabat Penatdbiran


Ruang kerja bahagian pentadbiran


Bilik Fail Utama


Bilik Cawangan Pengurusan Kualiti


Sesi penjualan barang-barang lusuh

POSTER AMALAN EKSA GOTONG-ROYONG PERDANA SIRI 5/2017


Rabu, 16 Ogos 2017

GOTONG-ROYONG PERDANA SIRI 4/2017


SERI ISKANDAR, 17 OGOS 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 16 Ogos 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar



Sesi gotong-royong mengecat asrama Tun Perak


Membuang sawang 


Mengikis pada meja kaunter asrama


Mengantung Bunting EKSA yang baru


Ganting Banner EKSA baru di Papan Tanda Utama



Menggantung Banner di Lobi Jabatan Teknologi Maklumat


Mengecat Dinding Asrama Tun Perak


Mengecat dinding asrama


Mengecat di setiap bilik pelajar


Di pejabat penyelia asrama

POSTER AMALAN EKSA GOTONG-ROYONG PERDANA 4/2017


HARI AMALAN EKSA BULAN OGOS 2017


Rabu, 9 Ogos 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKTBN BACHOK, KELANTAN


SERI ISKANDAR, 9 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan pada 9 Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran



Sudut EKSA di Bahagian Pentadbiran


Carta Pergerakan Staf di Bahagian Pentadbiran


Cawangan Pengurusan Pelajar


Cawangan Pengurusan Kualiti


Cawangan Hubungan Industri Dan Promosi


Stor Pusat


Lobi Ketua Jabatan Elektronik 


Jabatan  Pengajian Umum 


Lobi Ketua Bahagian Elektrik


Makmal Studio


Makmal Pengujian Elektrik


Asrama Tun Fatimah


Sesi bergambar bersama peserta lawatan


Penyampaian cenderahati dari IKBN Seri Iskandar


Penyampaian cenderahati dari IKBN Bachok