SERI ISKANDAR, 4 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi
dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Pahang pada 4
Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.
Turut hadir sama sesi taklimat Pengarah IKBN Seri
Iskandar, En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan
Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri
Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh
Pn. Nurishah Binti Ishak di bawah
Jawatankuasa Latihan.
Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh
zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini.
Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses
pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti.
Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran
Sesi taklimat di bilik mesyuarat
Sesi penyampaian cenderahati dari IKTBN Temerloh kepada wakil IKBN Seri Iskandar En. Amir-kharul Bin Daud
Sesi penyampaian cenderahati dari IKBN Seri Iskandar oleh Pengarah, En. Md. Isa Bin Ibrahim kepada wakil IKTBN Temerloh
Sesi bergambar bersama peserta rombongan
Lawatan di Bahagian Pentadbiran
Bilik Fail
Sudit Go Green
Ruang kerja di Bahagian Pentadbiran
Di Cawangan Pengurusan Pelajar
Unit Stor Pusat
Ruang lobi Ketua Bahagian Elektrik
Bilik Projek Inovasi
Makmal Multimedia
Bilik Studio
Makmal Pengujian Elektrik
Asrama Tun Fatimah