SERI ISKANDAR, 9 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi
dari luar iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan pada 9 Ogos
2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.
Turut hadir sama sesi taklimat Pengarah IKBN Seri
Iskandar, En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan
Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri
Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En.
Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh
zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini.
Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses
pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti.
Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran
Sudut EKSA di Bahagian Pentadbiran
Carta Pergerakan Staf di Bahagian Pentadbiran
Cawangan Pengurusan Pelajar
Cawangan Pengurusan Kualiti
Cawangan Hubungan Industri Dan Promosi
Stor Pusat
Lobi Ketua Jabatan Elektronik
Jabatan Pengajian Umum
Lobi Ketua Bahagian Elektrik
Makmal Studio
Makmal Pengujian Elektrik
Asrama Tun Fatimah
Sesi bergambar bersama peserta lawatan
Penyampaian cenderahati dari IKBN Seri Iskandar
Penyampaian cenderahati dari IKBN Bachok