IPOH, PERAK, 17 OGOS
2017 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 17 Ogos 2017 jam 10.00 pagi
bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak. Lawatan Penandaarasan ini
diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30
orang.
Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Pengangkutan Jalan
Ipoh, Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah
untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info
terkini mengenai EKSA.
Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon
yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta
suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat
sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha
pelaksanaan EKSA di institut kami
Sesi taklimat di bilik mesyuarat utama
Sesi pembukaan dari Timbalan Pengarah Operasi, JPJ Ipoh
Sesi taklimat oleh pihak JPJ Ipoh
Sesi perbincangan dan bertukar pendapat
Maklum balas yang disampai oleh Pn, Usah a/p Parmasavan
Penyampaian cenderahati dari pihak JPJ Ipoh
Penyampaian cenderahati dari pihak IKBN Seri Iskandar
Sesi tandatangan dalam Buku Pelawat oleh En. Jasalilawadi Bin Jahi
Sudut Maya EKSA
Ruang kerja staf
Sesi perbincangan juruaudit EKSA IKBN Seri Iskandar
Ruang pentadbiran
Bilik Fail Utama
Sistem Pos Surat Jabatan
Unit Korporat JPJ Ipoh
Unit Perlesanan