SERI ISKANDAR, 20
JULAI 2017 - Aktiviti
gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan
sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya,
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif
untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat,
gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 1
Ogos 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu
untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua
zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan
kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri
Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat
yang diamalkan di sini.
Semangat
gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan
antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping
dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan
pelajar
Pejabat Cawangan Hal Pelajar
Kaunter di Pentadbiran
Pejabat Pentadbiran
Ruang kerja pengajar di Makmal Pengujian Elektrik
Bilik Server 2 di Jabatan Teknologi Maklumat
Ruang Kerja di Bilik Timbalan Pengarah, BPL
Ruang kerja Pemandu
Makmal Komputer JPU
Sesi mengecat di Bahagian Pentadbiran
Operasi sish dan susun di ruang kerja
Proses penjualan sisa
Di Cawangan Pengurusan Kualiti
Proses menampal kertas dinding di Bilik Fail