SERI ISKANDAR, 17 OGOS
2017 - Aktiviti
gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan
sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya,
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif
untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat,
gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 16
Ogos 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu
untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua
zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan
kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri
Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup
bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat
merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama
yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim
antara pengajar dan pelajar
Sesi gotong-royong mengecat asrama Tun Perak
Membuang sawang
Mengikis pada meja kaunter asrama
Mengantung Bunting EKSA yang baru
Ganting Banner EKSA baru di Papan Tanda Utama
Menggantung Banner di Lobi Jabatan Teknologi Maklumat
Mengecat Dinding Asrama Tun Perak
Mengecat dinding asrama
Mengecat di setiap bilik pelajar
Di pejabat penyelia asrama