Khamis, 5 Oktober 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 8/2017


SERI ISKANDAR, 5 OKTOBER 2017  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 5 Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. 

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar



Bilik Komputer di Perpustakaan


Perpustakaan


Lap cermin di Cafetaria


Buang rumput di kolam ikan 


Penglabelan di Bahagian Pentadbiran


Di Bahagian Hal Ehwal Pelajar


Membuang sawang di Cawangan Hubungan Industri


Ruang kerja di Cik Ernie Bt Zulkifli


Makmal Elektronik Di Makmal 2


Ruang Kerja Di Bilik Pengajar Pneumatik


Di Makmal Elektronik Tahap 3


Di Makmal PLC


Di Makmal Elektrik 


Sudut EKSA di Jabatan Pengajian Umum


Lap Tingkap Di Jabatan Pengajian Umum


Penggantian Lampu di Lobi Makmal 


Pembersihan Tandas Wanita Di Makmal Elektronik