SERI ISKANDAR, 6
OKTOBER 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 6 Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu
kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan
B, Asrama Tun Perak dan pintu.
Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar
mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang
diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan
hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di
samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara
pengajar dan pelajar
Pembacuhan cat-cat mengikut tempat
Cat Tangga Di Pintu Masuk Jabatan Teknologi Maklumat
Proses Mengecat Di Dinding Makmal Komputer JPU
Mengecat semula dinding lobi makmal
Cat Pintu Makmal
Sebahagian Pintu yang telah dicat
Cat Pintu Simpanan Paip Bomba
Cat Semula Tugu 5S
Cat Lobi Asrama Tun Fatimah
Cat Di Bilik Penyelia Asrama Tun Perak
Cat Pintu Asrama Tun Perak
Car Grill Masuk Di Lobi Makmal