Selasa, 24 Oktober 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 13/2017


SERI ISKANDAR, 24 OKTOBER 2017  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 24 Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan pintu.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar


Proses mengecat peti alat pemadam api di Dewan Dato Maharajalela


Mengecat alat pemadam api di KIOSK 


Penggantian lampu di Asrama Tun Fatimah


Pembersihan di kawasan Taman di Bahagian Pentadbiran disertai oleh Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar


Mengecat grill di  Makmal Elektronik 


Mengecat dinding di Lobi Jabatan Teknologi Maklumat


Penggantian Kertas Dinding di PapanKenyataan Jabatan Teknologi Maklumat



Mengecat Peti Alat Pemadam Api Di Asrama Tun Perak


Mengecat didnding koridor di Jabatan Teknologi Maklumat