SERI ISKANDAR, 13
OKTOBER 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12
Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini adalah untuk
meneruskan pelaksanaan mengecat di
seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan pintu
yang masih belum siap sepenunhya.
Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar
mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang
diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat
merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama
yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim
antara pengajar dan pelajar
Proses pemotongan label
Proses mengecat semual dinding lobi Di Jabatan Teknologi Maklumat
Menampal plaster agar cat tidak meleleh
Car di Makmal Server
Proses Kikis Cat Lama
Cat di Makmal Fiber Optik
Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Pn. Atikah Bt A. Rahman sedang mencetak PIC Makmal yang baru
Proses pengubahsuai Jabatan Pengajian Umum
Tandas Wanita yang bercorak koporat
Pengemaskinian slide persembahan EKSA oleh Jawatankuasa Latihan
Pengemaskinan di Stor Utama
Pembersihan Di Tingkap Stor Utama
Pembuangan tanda gam pada cermin