Khamis, 12 Oktober 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 10/2017


SERI ISKANDAR, 11 OKTOBER 2017  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 10 Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini adalah untuk meneruskan  pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan pintu yang masih belum siap sepenunhya.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar


Cat Tiang Kerusi Di Astaka


Proses Cat Tiang Kerusi


Cat Dinding Di Tandas Wanita 


Sebahagian dinding yang telah dicat


Pembersihan di Kolam Ikan


Proses penukaran air kolam ikan


Pengagihan Cat di Asrama Tun Perak


Proses Mengecat Di Lobi Asrama Tun Fatimah


Mengecat semula Taman Rekreasi di Bahagian Pentadbiran


Proses Mengecat Di Dinding Lobi Ketua Jabatan Elektronik 


Cat Pintu Masuk Ke Jabatan Teknologi Maklumat