SERI ISKANDAR, 24
OKTOBER 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 24
Oktober 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu
kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan
B, Asrama Tun Perak dan pintu.
Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar
mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang
diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan
hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di
samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara
pengajar dan pelajar
Proses mengecat peti alat pemadam api di Dewan Dato Maharajalela
Mengecat alat pemadam api di KIOSK
Penggantian lampu di Asrama Tun Fatimah
Pembersihan di kawasan Taman di Bahagian Pentadbiran disertai oleh Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar
Mengecat grill di Makmal Elektronik
Mengecat dinding di Lobi Jabatan Teknologi Maklumat
Penggantian Kertas Dinding di PapanKenyataan Jabatan Teknologi Maklumat
Mengecat Peti Alat Pemadam Api Di Asrama Tun Perak
Mengecat didnding koridor di Jabatan Teknologi Maklumat